Friday, May 6, 2011
Ahh..panik.
"Ibu, ibu pernah buang Hakim tak?" tanya Hakim tiba-tiba ketika kami bersantai di atas katil untuk tidur.
Saya terkejut. Benar-benar terkejut. Dengan wajah serius saya menjawab, "mana mungkin. Ibu sayang Hakim sangat. Mengapa mesti ibu buang awak?"
"Tapi, ibu pernah tak buang Hakim kat tong sampah?" tanyanya lagi dengan bersungguh.
"Kenapa awak tanya ibu begini? Sudah pasti ibu tidak pernah buang awak di mana-mana sekalipun. Ibu sayang awak sangat-sangat. Tak boleh ganti dengan apapun. Kalau awak tiada, ibu pun mati." Jawab saya sambil duduk dan menghadap wajahnya yang sedang berbaring.
"Ibu ni, janganlah panik. Hakim tanya sahaja," jawab dia selamba.
Erghhh.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wan paham kenapa isu ni berbangkit...
ReplyDeletehakim kanak2 yg pintar yg ingin tahu isu semasa...
mungkin kerana isu buang bayi berleluasa..
jadi para kanak2 masa kini sudah mula berfikir..
arghhh malunya bila anak kecil lebih pintar dari ibu yang sanggup membuang bayi..
allah..salam pada hakim..^^,
ReplyDeletemoga ALLAH melindunginya walau dimana dia berada..