Begitulah. Banyak cerita tentang Umar yang selalu ibu kongsikan di FB ibu. Mungkin kerana sudah lama ibu tidak pegang / jaga bayi maka segalanya seperti baru pertama kali.
Banyak perkara sudah terlupakan. Jadi untuk Umar, ibu berazam untuk merakam setiap apa yang berlaku. Kalaupun bukan untuk menjadi pengajaran kepada ibu, mungkin juga boleh menjadi satu biografi awal untuk Umar.
Mungkin ibu-ibu lain juga perlu berbuat perkara yang sama untuk menjadi panduan mendidik anak-anak atau berhadapan dengan situasi yang pelbagai kelak.
Banyak perkara yang boleh dikongsikan oleh para ibu seperti penyusuan, penjagaan, pemilihan produk, pakaian, susu dan sebagainya. Di FB sahaja, bukan main banyak Page dan Group tentang ibu-ibu dan anak-anak kecil. Bagus kan?
Ya, bagus kerana boleh menjadi panduan segera kepada ibu masa kini di zaman teknologi. Cumanya, banyak perkara perlu juga ditapis sesuai dengan budaya dan kehendak masing-masing. Sekadar baca, apa salahnya?
No comments:
Post a Comment