Adli Hakim suka berbual.
Iyad Irfan suka membebel [tapi, saya lebih suka melabel bebel sebagai bercerita].
ADLI
Setiap hari, ada sahaja pertanyaan dan bual-bual yang berlaku antara saya dengan Adli sehingga ada ketikanya saya rasa rimas dan pening. Pelbagai topik dan pertanyaan akan dilontarkan. Saya kira itu satu situasi yang amat baik kerana dia mahu berkongsi banyak perkara dan mahu mengetahui banyak hal melalui saya.
Cuma, yang saya kesali, saya bertindak tidak wajar dalam beberapa hal.
- Pertanyaan Adli yang saya kira terlalu remeh..[oh, saya tidak dapat berikan contoh kerana terlalu banyak. Saya akan kemaskini apabila saya ingat semula]. Malangnya saya jawab begini, "takkan itupun awak tak tahu? Boleh tak fikir dahulu sebelum bertanya?" - Okey, saya memang kejam.
- Adli suka berbual ketika makan, sedangkan waktu itu saya tekankan, waktu makan jangan banyak bercakap. Rupanya saya silap. Bercakap-cakap ketika makan digalakkan dalam Islam. Baca INI. Apatah lagi, yang selalu dibualkan oleh Adli ialah perkara yang bermanfaat seperti kisah nabi, alam sekitar dan banyak lagi [Saya kurang selesa bercakap ketika makan kerana ia menganggu konsertasi saya menikmati makanan]
- Terlalu banyak tanya sehingga saya fikir, sikap ini membuatkan dia tidak berusaha berfikir sebelum bertanya.
- Bertanya sesuatu yang kerapkali ditanya dan diberi jawapan. Contohnya, "ibu, baju ini mahu letak di mana?" - Dan tentulah saya beri jawapan sinis - "letak dalam tong sampah!
p.s : lain kali saya cerita tentang Iyad yang suka bercerita.
No comments:
Post a Comment