Monday, April 27, 2009

Untuk Anak-Anak







Menangani Hakim dan Irfan dalam soal pemakanan memang memeningkan saya. Jika saya suri rumah sepenuh masa, mungkin banyak perkara boleh saya laksanakan untuk pelbagaikan menu harian. Alah, kalau mahu seribu daya bukan?


Donut J.CO dan cupcakes adalah kegemaran Hakim. Irfan pula ikut mood. Jika mahu makan, semua dimakannya, jika tidak, maka tidak mahu makan apa-apapun. Hal ini memeningkan kepala saya. Jadinya, saya akan belikan sahaja apa yang mereka mahukan.

Mengapa tidak buat sendiri? Ohhhh...masih belum bijak mengatur masa dan melembutkan tangan membuat donut atau kek sendiri. InsyaAllah.

Melihat blog-blog mama yang lain dalam menangani anak-anak sangat menarik dan punya pelbagai cerita.

Terkagum dengan mama yang bekerjaya atau tidak tetapi masih mampu memberi sesuatu kepada anak-anak. Menyedia menu yang menarik untuk anak-anak, membuat kek, menjahit sendiri baju dan kelengkapan anak-anak. Sangat kagum dengan itu.

Antaranya, blog My Sewing Room, Sew Pinky Mimmie, Smocking With Nannie, jarumemasku, wansu dan banyak lagi.

Makanya, tidak hairan kedudukan ibu sangat tinggi. Dan syurga juga terletak di kaki ibu, saya kira selagi ibu tersebut melaksanakan tugas sebaiknya.

Dan ibu, akan lakukan apa sahaja untuk Hakim dan Irfan.

2 comments:

  1. itulah tugas seorang ibu...tugas yang tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh seorang lelaki yg perkasa...

    dimana ada kemahuan di situ ada jalan....

    ReplyDelete
  2. Ya. Sangat memahami dan cuba bertindak sewajarnya.

    ReplyDelete