Wednesday, February 4, 2009

Majlis Aqiqah Hanna


Minggu lepas, kami ke rumah Mak Teh. Ada Majlis aqiqah cucu Mak Teh, Hanna [anak sulung Aju). Nama bayi Aju pun ibu lupa. Hanna Farhana ke atau Farah Farhana. Lupa la Aju. Maaf ye.

Majlis seperti biasa. Ada kumpulan marhaban dan potong jambul [rambut] bayi. Ada nyanyian berendoi walaupun bayi tidak berbuai. Nasihat-nasihat yang baik diperdengarkan dengan nyanyian yang lunak. Bayi diam sahaja, tidak meragam. Mungkin asyik dengan nasihat dan peringatan dari suara-suara di sekelilingnya.


Semoga Aju menjadi ibu yang baik, sabar dan bahagia dengan kehadiran orang baru di dalam hidupnya. Amin.

Ooo Fatin Farhana...[setelah lawat blog Aju]

2 comments:

  1. Hehehe... hanna farhana la plak... Tumpang lalu, ibu.. baru nak singgah..

    ReplyDelete
  2. hehehhe...lalulah, bebaik ek, dalam pantang lagi tu.

    ReplyDelete