Tuesday, June 23, 2009

HAKIM : Rombongan Tadika ADNA


Beratur menunggu bas


Hakim buat pizza gentel.



Di petrosains tak ingat dunia


Sabtu lepas, ibu dan Hakim mengikuti rombongan tadikanya. Ibu bukan mengada-ngada nak ikut tetapi mahu mengambil gambar trip rombongan yng diminta oleh pengetua tadika itu sendiri, Cikgu Ani.

Babah dan Irfan pula tinggal di rumah. Bukan tidak mahu ajak, tetapi nanti 'feel' rombongan dengan kawan-kawan hakim tiada. Ibu yang mengikut pun tidak melekat dengan Hakim malah buat tidak tahu semasa Hakim seronok-seronok dengan kawan-kawannya.

Antara tempat yang dilawati ialah restoran Domino's Pizza di Jalan Klang Lama, Petrosains KLCC dan Menara Kuala Lumpur.

Penat rupanya mengikuti rombongan kanak-kanak. Banyak karenah dan sukar di kawal. Ibu lihat ada beberapa kali juga cikgu-cikgu pengiring hilang sabar. Mungkin sebab ibu ada, mereka tahankan sahaja. Memang letih dan boleh hilang sabar dibuatnya bila ada kanak-kanak yang terbuang air kecil dan besar semasa trip. Sedangkan ibu dan babah pun selalu kalut bawa Hakim dan Irfan jalan-jalan inikan pula 40 pelajar tadika. Hmmm.....

Sepanjang trip, Hakim tak habis-habis kata kasihan kerana Irfan tidak ikut serta. Huhuhu...sayang juga dia pada adiknya. Insya Allah, minggu depan kita sekeluarga tengok wayang ye.

Baru ibu tahu, errr...cenderamata di Menara Kuala Lumpur tidaklah mahal mana. Mungkin kerana harga 'bebas cukai'.

Oklah, ibu nak edit cantik-cantik gambar trip ini dan kongsi dengan ibu bapa pelajar yang lain.

2 comments:

  1. kenapa hakim sorang tak pakai sarung kepala tu.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Dia tak mahu la. Lagipun dia kata "Hakim tak nak buat. Hakim nak tengok aje."

    Tapi bia tengok kawan-kawan sibuk menggentel tepung, dia sibuk nak buat gak.

    ReplyDelete