Wednesday, May 13, 2009

Janji Tertunai


Aksi anak beranak. Hahaha, babah macam tak pernah tengok anjing laut.


Ini la subjek yang membuat mereka agak terpegun.

"Ibu tipu!" kata Hakim
Ibu tersentak mendengar kata-kata Hakim.

Ya, ibu pernah berjanji kepada Hakim tidak lama dahulu ketika dia tidak mahu ke sekolah. Ibu katakan padanya bahawa jika Hakim ke sekolah, maka ibu dan babah akan bawa Hakim ke zoo. Satu imbalan yang tidak berbaloi jika hanya kerana untuk meminta Hakim ke sekolah.

Baru-baru ini, ketika babah ada training di Port Dickson juga, ibu berjanji kepada Hakim bahawa jika Hakim tolong ibu, makanya ibu akan minta babah bawa Hakim dan Irfan ke zoo.

Sudahnya, janji-janji itu dituntut. Irfan yang belum petah juga asyik menyebut zoo dan zoo dan zoo.

Ahad lepas ibu demam lagi. Cuaca panas. Babah pula sangat keletihan dan lelah akibat training yang begitu berat tetapi berbaloi.

Hakim sebut lagi tentang zoo. Begitu juga Irfan.

Tengah hari itu, ibu rasa demam ibu ok sikit. Jadi, demi tidak dituduh sebagai ibu yang suka menipu, maka ibu nyatakan pada babah yang ibu ok dan bersetuju untuk ke zoo.

Cuaca sangat panas. Zoo penuh seperti biasa. Ibu demam balik dan betul-betul tak larat. Babah pun jalan perlahan-lahan. Tapi Hakim dan Irfan sangat teruja. Irfan yang jatuh dua kali dan luka di lutut juga seperti tidak rasa sakit dan terus berjalan ke sana ke mari.

"Zoo Negara sebenarnya tidaklah seseronok mana. Ingat nanti mahu terjah ke Zoo Melaka pula," kata ibu kepada babah.

"Shhh...jangan sebut depan anak-anak," sahut babah.

Tidak mengapalah jika ibu terus demam sehingga hari ini dan badan babah juga tak hilang letihnya asalkan mereka berdua punya persepsi yang baik terhadap ibu dan babah.

Bukankah ibu dan babah harus jadi role model yang baik buat mereka?

Ibu masih mencuba. Begitu juga babah. Hakim dan Irfan, tolong beri kepercayaan kepada kami.

2 comments:

  1. Seronok diorg ke zoo yek..
    tu ler, berkorban apa saje tuk anak2..
    nanti dah sihat, try ler night safari dia, jun tak penah try tapi teringin la jugak :D

    ReplyDelete
  2. Huh...kitaorang kat sana dari pukul 2 sampai pukul 6.30. Boleh babahnya kata nak tunggu night safari...hish. Tak kuasa nak melayan. Babahnya pula lebih-lebih.

    ReplyDelete