Thursday, May 20, 2010

Gambar lama, rasa yang sama.




CHIPSMUNK ...
Inilah Chipsmunk ibu.
Masih menganggap mereka paling kacak di muka bumi.

Wednesday, May 19, 2010

Iyad menerima pengajaran.




Ibu out-station lagi. Jumaat sehingga petang ahad. Setibanya di Kuala Lumpur, ibu tidak sabar melihat anak-anak ibu apatah lagi tempat ibu out-station itu di daerah pedalaman yang tidak memungkinkan ibu menelefon anak-anak.

Buka sahaja pintu kereta, kelihatan wajah Hakim yang calar sedikit dan luka-luka di dagu, atas bibir dan pipi. Juga dahi. Apabila ibu tanya, kenapa jadi begini, Hakim jawab, Iyad yang buat. Seperti biasa Hakim dengan wajah kasihannya dan Iyad tersengih-sengih tanda dia memang bersalah dan melakukan itu kepada abangnya.

"Kenapa Hakim tidak lari? Sudah tahu adik mahu kejar, larilah," kata saya.
"Macam mana Hakim mahu lari, semua jalan mati," jawab Hakim.

Saya tergelak mendengar jawapan itu dan terus menasihati Iyad.

"Kenapa buat begini kepada abang. Tidak kasihankah? Tuhan tak sayang Iyad jika Iyad buat begitu lagi. Cuba Iyad yang luka. Sakit. Mahu?" kata saya.

Iyad hanya geleng kepala.

Sebelum pulang ke rumah, Hakim dan Iyad mahu ke taman. Mahu menaiki Syatel katanya. Ibu yang keletihan hanya menunggu di sebuah kerusi di bawah pokok sambil mereka berlari-lari menuju ke kawasan permainan dan menaiki syatel.

Entah kenapa, tiba-tiba dalam 20 minit kemudian, ibu terdengar tangisan seorang budak. Rupa-rupanya itu ialah tangisan Iyad yang tersembam jatuh ke tanah betul-betul di hadapan ibu.

Seluruh wajah dan sebahagian badan Iyad di penuhi pasir halus. Luka di atas mata dan sebahagian pipi membuatkan ibu berdebar. Mahu marahkan babahnya, babahnya jalan jauh ke belakang. Iyad dan hakim berlari-lari barangkali.

Ada rasa kelakar, dan kasihan melihat wajah Iyad yang sudah comot.

Pengajaran buat Iyad, setiap apa yang dia lakukan kepada orang lain, dalam hal ini perbuatan dia yang mencakar abangnya, pasti akan menerima balasan serupa. Semoga Iyad lebih 'behave' selepas ini.

"Best tak jatuh?" tanya saya.
"Tak best," jawab Iyad.

Tuesday, May 4, 2010

Hidup ini, untuk kita nikmati.







Hidup ini. Untuk kita nikmati.
Dengan kamu dan kamu.
Hari-hari. Hidup. untuk dinikmati.
Dengan kamu dan kamu.

Borang kemasukan ke darjah satu telah dihantar. Ke Sekolah Kebangsaan Saujana Utama.

Anak ibu akan memakai seragam putih-biru. Ada rasa yang tidak terucap tika memandang borang itu. Hakim akan menginjakkan kaki ke sekolah. Bertemu rakan-rakan. Bertemu ilmu. Mengaplikasikan pengalaman dan pengetahuan. Moga jadi pelajar yang cemerlang.

Irfan pula, akan terus menyambung persekolahan tadikanya di tempat baharu. Semoga segalanya berjalan lancar.